Pemilik, Muhammad Shukri Bin Hj Zainudin, (Shukri) memulakan kerjaya sebagai Penyelia Tapak di MNI Construction Sdn Bhd selepas tamat latihan praktikal di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Cawangan Negeri Sembilan pada tahun 2000.
Setelah 2 tahun menimba pengalaman dalam bidang pembinaan, beliau menubuhkan Bina Perkasa NS (001338220-D) pada 5 Mac 2002 selepas menghadiri kursus Asas Kontraktor pada 10-19 Februari 2002.
Sebagai graduan Pentadbiran Perniagaan (Pengkhususan Pemasaran) daripada Universiti Utara Malaysia dan pengalaman di dalam bidang pembinaan, dijadikan tunjang utama dalam aspek pengurusan perniagaan beliau sebagai Kontraktor Kelas F yang diiktiraf daripada PKK dan CIDB pada ketika itu.
Selepas 17 tahun menimba pelbagai pengalaman dalam bidang pembinaan kelas G1 dan melaksanakan kerja-kerja sub kelas besar, pada 2 Mei 2019, Bina Perkasa NS telah mengambil langkah berani untuk menaiktaraf kelas kepada Kontraktor G4.
Kini, berdasarkan motto kerja “Kesempurnaan Produktiviti”, Bina Perkasa NS adalah sebuah nama yang dipercayai dan mendapat kepercayaan banyak agensi kerajaan dan swasta dalam melaksanakan kerja. Sentiasa berintegriti dan amanah asas kepada kejayaan sesuatu kerja.