Janatramas Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1993 bagi menceburi bidang pembinaan dan pembangunan hartanah. Syarikat ini mula beroperasi pada bulan Januari 1993. Syarikat ini telah memperolehi lesen PKK Kelas 'C' dan CIDB Gred G5.
Sehingga kini syarikat ini telah melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja sivil, infrastukrur dan pengubahsuaian. Kerja-kerja ini merangkumi sektor swasta dan kerajaan. Kami percaya bahawa keupayaan untuk melaksanakan kerja-kerja dalam tempoh yang diberi dan kualiti kerja yang tinggi merupakan dua aspek yang paling utama dalam memenuhi kehendak pelanggan.
Untuk mencapai objektif ini, kami senantiasa memberi peluang kepada kakitangan untuk menjalani latihan yang berpanjangan. Dengan pendedahan ini keupayaan dan kemampuan kami secara tidak langsung dapat dipertingkatkan. Kejayaan kami melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja pelanggan swasta mencerminkan kebolehan ini.