MUQMININ DESIGN CENTRE (MDC) merupakan sebuah syarikat reka bentuk dalaman, pembinaan dan pengubahsuaian yang terletak di Jitra, Kedah, Malaysia sejak 2019, pengkhususan dalam kediaman dan rekabentuk komersial. Di samping itu keperluan dalam pengubahsuaian dan pembinaan reka bentuk dalaman, MUQMININ DESIGN CENTRE (MDC)
juga menyediakan kepakaran lukisan pelan, lukisan gambaran 3D, dan jadual gerak kerja sesuatu projek untuk memastikan projek tersebut berjalan dengan lancar dan memberikan hasil yang terbaik kepada pelanggan.
Dalam pada itu, MUQMININ DESIGN CENTRE (MDC) adalah firma reka bentuk dalaman (Interior Design) yang sedang meningkat naik, dan juga fleksibel dalam industri pembinaan ini. Pihak kami mempunyai beberapa tukang dan sub-kontraktor tempatan yang berkualiti dan boleh dipercayai. Oleh itu, MUQMININ DESIGN CENTRE (MDC) akan memastikan bahawa setiap projek yang dijalankan dapat disiapkan dengan kualiti yang terbaik. Selain daripada itu, pelanggan juga boleh mengupah kontraktor mereka sendiri dengan memilih MUQMININ DESIGN CENTRE (MDC) sebagai pelukis pelan, dan pihak kami akan bekerjasama dengan kontraktor tersebut sepanjang proses projek dijalankan.
MUQMININ DESIGN CENTRE (MDC) komited untuk menghasilkan rekabentuk yang berkonsep dan berinspirasi bagi memenuhi kehendak pelanggan dengan perkhidmatan yang terbaik. Kehendak pelanggan menjadi keutamaan pihak kami bagi memenuhi impian dan cita rasa pelanggan. Matlamat MUQMININ DESIGN CENTRE (MDC) adalah untuk mencipta reka bentuk yang sesuai dan efisien dengan keperibadian serta keperluan praktikal pelanggan. MUQMININ DESIGN CENTRE (MDC) menjanjikan hasil kerja yang terbaik bagi memenangi hati pelanggan. Justeru itu, objektif utama MUQMININ DESIGN CENTRE (MDC) adalah bagi membuktikan kepentingan bidang hiasan dalaman dalam industri pembinaan. Hal ini demikan, selari dengan visi dan misi syarikat bagi memastikan MUQMININ DESIGN CENTRE (MDC) menjadi sebuah syarikat yang ternama dan dikenali ramai. Berpandukan objektif syarikat, visi dan misi juga dapat direalisasikan dengan jayanya.
Our Vision
Menjadi sebuah syarikat utama dan ternama dalam industri rekabentuk dalaman dan hiasan dalaman di Kedah menjelang tahun 2028
Our Mission
Mereka bentuk hiasan dalaman lebih 500 hartanah di sekitar utara Malaysia menjelang 2028
Our Goal Objective
Memberikan pengetahuan tentang pentingnya rekabentuk hiasan dalaman dan renovasi ruang yang lebih efisien kepada pelanggan. Matlamat MDC juga untuk mewujudkan lebih banyak hartanah yang memiliki ruang dalaman yang lebih baik dan berkualiti.