Bright, Trusted & Compliant — CIDB Registered

TERAJU DIMENSI ENTERPRISE is a WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR–based contractor registered with CIDB since 2018, holding active certification . We deliver reliable building, civil engineering, and mechanical & electrical solutions—combining proven site experience with quality workmanship and compliance to Malaysian standards.

PPK ✓ SPKK ✓ STB ✓ Member Since 29/10/2018 Reg No: 0120181029-WP018818 Valid until 02/06/2026
CIDB Registered G2 • PPK/SPKK/STB
Compliant IBS & QA practices
Service Area WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & nearby
0Projects
1Products
2018 Established Member

About Us • Tentang Kami

Teraju Dimensi Enterprise ROB 002754783-D merupakan syarikat bumiputera jenis pemilikan tunggal yang berdaftar sebagai Kontraktor Elektrik Kelas C, Gred G2 yang menjalankan perniagaan di dalam kategori pembinaan bangunan, pembinaan kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrikal bagi pelbagai bidang pengkhususan di bawah perakuan pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia. Pada awal penubuhan, syarikat ini telah memulakan perniagaan di dalam bidang pemasangan dan penyelenggaraan am mekanikal dan elektrikal termasuk kerja-kerja servis dan baikpulih pam, blower dan motor elektrik. Syarikat ini juga mempunyai kepakaran di dalam kerja-kerja mengesan kerosakan serta kerja-kerja ‘troubleshooting’ untuk panel kawalan elektrik. Sehingga kini, Teraju Dimensi Enterprise telah mengembangkan perniagaannya di dalam bidang pengurusan fasiliti dan penyelenggaraan bangunan dengan menumpukan kepada bidang mekanikal dan elektrikal seperti sistem pendingin sejuk air, sistem penghawa dingin, sistem pencegah kebakaran, sistem automasi bangunan dan sistem perlindungan kilat dan pembumian di premis-premis kerajaan seperti klinik kesihatan, bangunan pejabat dan kuarters kerajaan. Selain daripada itu, kerja-kerja penyelenggaraan juga dilaksana di bangunan swasta seperti hotel dan bangunan kediaman seperti pangsapuri di bawah seliaan Badan Pengurusan Bersama (JMB). Skop perniagaan juga telah diperluaskan kepada bidang penyelenggaraan infrastruktur mekanikal yang melibatkan sistem kawalan pintu air termasuk kerja-kerja fabrikasi ‘flap gate’’ dan ‘penstock’ menggunakan bahan HDPE serta kerja-kerja am dan struktur. Teraju Dimensi Enterprise sangat komited di dalam setiap kerja yang dijalankan. Syarikat ini juga amat mementingkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti demi kepuasan hati pelanggan. Pemilik syarikat telah ditauliahkan sebagai Juruteknik Bertauliah dengan membawa gelaran singkatan “Tc” sebelum nama di dalam bidang teknologi “Electrical & Electronics Technology (EE) yang berdaftar dengan Lembaga Teknologis Malaysia @ “Malaysia Board of Technologist; MBOT”. Beliau telah mula menceburi bidang perniagaan seawal usia 19tahun dan mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang kontraktor. Teraju Dimensi Enterprise merupakan syarikat kelahiran yang ketiga beliau selepas wujudnya Dimension Engineering Sdn. Bhd dan Watertech Marine Engineering. Beliau merupakan Orang Yang Kompeten sebagai Penjaga Jentera AO yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga dan telah lulus kursus Kompeten untuk Sistem Solar Fotovolta Tersambung Grid. Proses pengembangan ilmu juga diterapkan di dalam syarikat kerana syarikat sentiasa memberi peluang kepada pekerja-pekerja untuk mengambil kursus-kursus kemahiran dan kompetensi bagi tujuan kemajuan kerjaya individu dan meningkatkan kualiti perkhidmatan syarikat. Sebagai seorang pemilik perniagaan, beliau bertanggungjawab untuk mengurus syarikat dari segi pengurusan, pemasaran, pentabiran dan teknikal. Namun begitu, pada masa yang sama, beliau juga menyambung pelajaran di dalam bidang Executive Master in Facility Building and Maintenance dan Executive Bachelor in Electrical & Electronic and Manufacturing di bawah UNIMAS. Penekanan kepada prinsip ‘Bekerja adalah Amanah dan Ibadah’, beliau mempunyai satu visi dan misi yang jelas untuk menjadi sebuah syarikat kontraktor bumiputera yang menerajui bidang kepakaran Pengurusan dan Penyelenggaraan Fasiliti di premis kerajaan dan swasta dengan memberi perkhidmatan mengikut ketetapan mutu kualiti, spesifikasi dan masa. Perancangan strategi syarikat di dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan di dalam bidang tersebut sentiasa dikaji dan dibuat penambahbaikan demi kelangsungan syarikat. Di antara perkhidmatan syarikat Teraju Dimensi Enterprise ialah:   Pengurusan dan penyelenggaraan fasiliti; Kerja-kerja kejuruteraan mekanikal, elektrikal dan sivil; Kerja-kerja pengesanan punca permasalahan dan penyelesaian masalah bagi sistem M&E dan peralatan; Kerja pembaikan dan servis peralatan mekanikal dan elektrikal; Rekabentuk dan pemasangan panel elektrik dan kawalan motor; Rekabentuk dan pemasangan sistem perlindungan kilat dan pembumian; Kerja-kerja pendawaian fasa tunggal dan tiga fasa; Perkhidmatan kalibrasi pepasangan elektrik; Pembuatan pintu air jenis HDPE; Kerja-kerja pembaikan dan servis motor pam, blower dan motor elektrik; Kerja-kerja penyenggaraan mesin dan alat kelengkapan perubatan/ makmal; Perkhidmatan dan pembaikan paip; dan Pengubahsuaian, perkhidmatan awam dan struktur.

CIDB Credentials • Butiran CIDB

PPK Registration No 0120181029-WP018818
Membership Since 29/10/2018
Registration Validity Until 02/06/2026
Certificates PPK ✓ • SPKK ✓ • STB ✓
Grade G2

Verification available upon request. *Info berdasarkan rekod pendaftaran kontraktor CIDB.

CIDB Category

Category & Specializations • Kategori & Pengkhususan

Grade: G2

Building

B04 (Kerja-kerja pembinaan bangunan) B01 (IBS: Sistem konkrit pasang siap) B29 (KERJA BANGUNAN - HOSPITAL) B28 (Kerja-kerja ubahsuai) B24 (Kerja penyenggaraan bangunan) B18 (Kerja-kerja logam) B15 (Pemasangan bumbung) B14 (Kerja-kerja cat) B11 (Pemasangan papan tanda pada bangunan) B09 (Lanskap dalam bangunan) B08 (Pemasangan bahan kalis air) B07 (Hiasan dalaman)

Past Projects • Projek Terdahulu

No Data/Record Found

Products Supply • Bekalan Produk

No Data/Record Found

Services • Servis

No Data/Record Found

Management Team • Pasukan Pengurusan

No Data/Record Found

Contact Us • Hubungi Kami

Telephone: 03-12345678
Fax: 03-12345678

Registered Address:
Blurred company registered address, postcode, city, state

Correspondence Address:
Blurred company mailing address, postcode, city, state

🔒 Unlock Full Company Profile

Full company details are protected. Complete your MDK registration to unlock your profile, boost visibility and start receiving project inquiries.

Visitor: 000237
© TERAJU DIMENSI ENTERPRISE · CIDB PPK 0120181029-WP018818 · WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, Malaysia
Powered by MyDigital Contractor