Goal Objective
1. Berurusan dengan lebih efisien dan professional terhadap para pelanggan.
2. Pengendalian segala urusan mengikut tatacara syarikat menerusi etika kerja dan penggarapan nilai murni di antara pembekal dan para pelanggan.
3. Membekalkan perkhidmatan berkualiti dengan menerapkan pelbagai jenis teknik pemasaran yang efektif bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan yang maksimum.
4. Sentiasa peka dan bersedia terhadap setiap perubahan yang berlaku agar mutu perkhidmatan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
5. Konsisten dalam menangani masalah tempahan dan pembelian bekalan agar penghantaran produk dapat terus disalurkan kepada pelanggan dengan segera.
Objektif ini adalah selaras dengan usaha kerajaan Malaysia dalam melahirkan generasi usahawan yang agresif lagi prihatin menuju ke arah "Wawasan 2020" dan juga membina "Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera(MPPB)"
Description
HAQIQAT INSAN ENTERPRISE (CT0065548-D) adalah syarikat yang diperbadankan di Malaysia sejak 07.06.2019 100% milik Bumiputera dan berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor(PKK) Kelas F dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) gred G1.
Penubuhan syarikat ini bertujuan memberi perkhidmatan kerja-kerja kejuruteraan pembinaan dan juga pembekalan kepada pihak agensi dan jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan, syarikat berkaitan kerajaan dan juga pihak swasta.HAQIQAT INSAN ENTERPRISE mempunyai kepakaran pengurusan yang terdiri dari pengarah dan ahli pengurusan yang berpengalaman luas dalam sektor, pembinaan bangunan, kerja - kerja sivil, kimpalan, dan menyelenggara motor dan kenderaan petrol - diesel.