JOEMA

Ditubuhkan pada tahun 2023, Kontraktor Joema Malaysia Global telah membina reputasi baik sebagai penyedia perkhidmatan kontraktor yang dipercayai dan berkualiti tinggi. Berpusat di Kampung Bukit Kenak, Besut,Terengganu, syarikat kami telah menceburkan diri dalam projek penebangan pokok dengan kapasiti memiliki barisan ahli penebangan pokok yang berpengalaman lama serta dapat mengendalikan operator mesin penebangan dengan kemahiran yang amat memberangsangkan. Pasukan penebang kami juga sebenarnya telah pun menabur khidmat kepada pelbagai jenis pelanggan dalam kebanyakan negeri di Malaysia dari semasa ke semasa.


Dengan komitmen terhadap kecemerlangan, Kontraktor Joema Malaysia Global amat berbangga dalam melaksanakan projek yang dapat memenuhi dan melebihi keperluan standart industri. Kelebihan lain yang turut dimiliki oleh pasukan penebang kami adalah mempunyai kerjasama yang erat, berani mengambil risiko serta mampu menerima teguran dan tunjuk ajar.

Vision

Menjadi syarikat kontraktor yang fleksibel melalui kualiti, inovasi & penyelesaian inovatif serta menjadi rakan kongsi pilihan di atas kebolehupayaan membina dan memberi perkhidmatan berteraskan keterjaminan & prestasi terhadap pembangunan ekonomi komuniti setempat sekaligus menjaga kelestarian alam.

Mission

  1. Menerajui industri pembinaan dan perkhidmatan yang berintegrasikan teknologi inovatif.
  2. Membangunkan projek yang lestari dan mementingkan proses pembinaan yang mesra alam.
  3. Memanfaatkan teknologi seiring zaman dengan mengamalkan prinsip penjimatan masa, kos dan tenaga kerja.
  4. Mengaplikasikan penyelesaikan inovatif bagi meningkatkan produktiviti dan meminimumkan risiko di tapak binaan.

Goal & Objective

1. Menjadi salah sebuah syarikat kontraktor bumiputera yang terkemuka dalam negara. 2. Meningkatkan kepuasan pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan yang memenuhi hasrat dan keinginan pelanggan. 3. Melaksanakan projek yang mesra alam serta mematuhi prinsip pembinaan lestari. 4. Menerima perubahan arus untuk menggunakan teknologi baru bagi mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti. 5. Memberikan latihan berkala kepada pekerja untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan pengurusan. 6. Mengurangkan penggunaan bahan tidak lestari demi menjaga kebersihan alam sekitar.